KENALI ALAF

ALAF ditubuhkan pada 11 Julai 2011 atas nama
PUSAT LATIHAN AL-FATEH (NS 0086186-W).
Kami beroperasi di AKADEMIK LATIHAN AL-FATEH (ALAF) beralamat No. 1035, Lorong 3/1, Taman Nusari Bayu, Bandar Sri Sendayan, 71900 Seremban, Negeri Sembilan.

ALAF diasaskan oleh Puan Siti Khajar binti Kamil. Pendidikan beliau bermula dari Sekolah Kebangsaan Tampin (1991-1995), SMKA Sheikh Haji Mohd Said Seremban (1996-2000), Matrikulasi Perakaunan Kolej Teknologi Timur Sepang (2001-2002), Ijazah Sarjana Muda Universiti Teknologi Malaysia, Johor (2002-2005), Master Pendidikan (Pengurusan Perniagaan) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak (2009-2011).

Beliau berasal dari Tampin, Negeri Sembilan. Suami beliau merupakan pemilik bersama Al-Faliheen Management, mempunyai seorang putera, Aiman Al-Fateh..berpengalaman menjadi guru lebih dari 3 tahun...dan pernah menjadi guru KAFA lebih dari 2 tahun di beberapa buah sekolah...kini beliau berkhidmat sebagai Motivator di sebuah syarikat konsultan iaitu Al-Faliheen Management...

Minat yang sangat mendalam dalam bidang perniagaan sehingga meneruskan pengajian di peringkat Master dalam bidang Pendidikan Pengurusan Perniagaan telah membuatkan tercetusnya idea untuk membuka Akademik Latihan Al-Fateh bersama suami Mohd Fahri Maarof .

Agenda Allah SWT telah meyakinkan beliau dengan sepenuh azam untuk mewujudkan ALAF ini.Sokongan dari sahabat-sahabat Al-Faliheen Management,Ustazah Masiah dan sahabat-sahabat juga menjadi penguat semangat kepada beliau.

Diharapkan, ALAF akan terus mendapat sokongan dan dorongan semua pihak terutama masyarakat Bandar Sri Sendayan bagi mewujudkan mujtama' muslim yang sentiasa berlumba-lumba untuk menndapat keredhaan Allah...Ameenn....